Kompentensi TMK

Monday, 30 May 2016

Ciri-ciri Blog yang Menarik




  • Mempunyai latar belakang atau ‘background’ yang sesuai dan menarik. Warna yang sesuai ialah warna yang tidak terlalu terang atau tidak menyakitkan mata seperti warna-warna pastel, warna hitam atau warna putih. Contoh:




                     




  • Penulisan ringkas dan tulisan yang jelas dan mudah dibaca. Contoh:







  •  Blog sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa









  • Bagi blog yang berbentuk ilmiah, maklumat yang ditulis adalah benar, tepat dan tidak bercanggah. Misalnya ialah blog masakan, bahan-bahan dan cara membuat adalah betul. Jika maklumat yang disampaikan tidak benar, hal ini menyebabkan orang yang melawati blog tersebut tidak ramai.









  • Mempunyai ‘Menu Bar’. Misalnya ialah blog masakan, blogger membahagikan resepi-resepi tersebut berdasarkan jenisnya. Jika pengikut blog ingin mendapatkan resepi berkenaan pencuci mulut, mereka tidak perlu bersusah-payah ‘scroll down’ dan mengambil masa yang lama untuk mencari resepi tersebut. Pengikut hanya perlu klik pada butang pencuci mulut dan resepi boleh dicari di bahagian tersebut.










  • Maklumat tambahan yang lengkap








  • Pendahuluan yang ringkas dan padat. Pembaca tidak mengambil masa yang terlalu lama ketika membaca ‘bebelan’ blogger hanya untuk mengetahui tujuan penulisan penulis.








  • Blog dihiasi dengan gambar yang sesuai dan cantik bagi menarik perhatian para pengunjung.







  • Tidak mempunyai iklan yang banyak. Hal ini kerana, iklan yang banyak boleh mengganggu konsentrasi para pengunjung blog.







No comments:

Post a Comment