Kompentensi TMK

Wednesday, 1 June 2016

MS Powerpoint


  • Ini adalah paparan perisian MS Powerpoint sebelum anda mula membuat slaid.



  • Sebelum anda mula membuat slaid, anda boleh memilih corak slaid anda. Caranya:
1.  Klik pada menu Design
2.  Klik pada corak yang disukai





  • Kemudian, tentukan susun atur pada slaid anda. Ikuti langkah dibawah:
1.  Klik pada menu Home.
2.  Klik pada Layout dan pilih susun atur yang sesuai.



  • Bagi susun atur slaid pertama, saya cadangkan anda memilih Title Slide. Bagi slaid seterusnya bolehlah anda memilih susun atur yang sesuai.
  • Pastikan tajuk anda kelihatan jelas dan mudah dibaca oleh orang lain.


  • Untuk menambah slaid baru:
1.  Klik Home.
2.  Klik New Slide dan pilih susun atur yang sesuai.





  • Jika anda ingin menambah gambar pada slaid:

CARA 1
1.  Klik Insert pada menu bar.
2.  Klik Pictures.


CARA 2
1.  Klik pada ikon Pictures yang terdapat di dalam slaid anda.


Jika anda ingin menambah:
  • Jadual: klik ikon Insert Table
  • Carta: klik ikon Insert Chart
  • Carta alir: klik ikon Insert SmartArt Graphic
  • Video: klik ikon Insert Video
  • Gambar online: klik ikon Online Pictures



  • Cara membuat pautan hiper (Hyperlink)
1.  Klik pada gambar atau highlight.
2.  Klik kanan pada tetikus anda.
3.  Klik Hyperlink


4.  Klik Place In This Document.
5.  Pilih slaid yang ingin dikaitkan.


6.  Klik OK




  • Slaid yang tidak penting atau hanya ditunjukkan jika perlu boleh disorok. Caranya ialah:

1.  Klik pada slaid tersebut.
2.  Klik pada kanan tetikus anda.


3.  Klik Hide Slide




  • Cara membuat jadual:

1.  Klik Insert.
2.  Klik Table.
ATAU klik saja pada ikon Insert Table yang terdapat dalam slaid anda.





  • Cara membuat carta pai dan sebagainya. Disini saya akan terangkan langkah untuk membuat carta pai.

1.  Klik Insert.
2.  Klik Charts
3.  Klik Pie


4.  Klik OK.
5.  Namakan carta pai anda.


6.  Masukkan data-data yang diperlukan.
*Maklumat tambahan: Jika ingin meletakkan graf, histogram dan lain-lain, ikuti saja langkah 1-2 dan pilih apa yang anda mahukan.




  • Cara memasukkan animasi ke dalam slaid:

1.  Klik pada Animation yang terdapat di menu bar.


2.  Highlight pada ayat atau perkataan yang ingin diletakkan animasi. Gambar pun boleh.


3.  Pilih animasi yang disukai.
4.  Tetapkan durasi animasi dan juga bagaimana animasi itu dikeluarkan.





  • Anda juga boleh menentukan pergerakan slaid anda ketika ingin dipaparkan. Caranya:

1.  Klik pada Transition yang terdapat di menu bar.


2.  Pilih. Kemudian klik pada ikon tersebut.
3.  Jika ingin menambah bunyi pada Transition anda, klik pada Sound.





  • Selain meletakkan animasi, anda juga boleh meletakkan bunyi atau muzik latar di dalam slaid anda. Caranya ialah:

1.  Klik Insert.
2.  Klik pada ikon Audio.


3.  Pilih audio yang sesuai.
4.  Setelah memasukkan audio, klik Play In Background.


5.  Jika ingin edit audio tersebut, klik pada Trim Audio.






















Monday, 30 May 2016

Edit Gambar dengan Menggunakan MS Powerpoint

Pertama sekali, pastikan MS Powerpoint anda adalah versi 2013 punya =)

Cara-caranya:

1.  Buka MS Powerpoint anda.


2.  Klik pada Layout dan pilih Blank


3.  Klik Insert.
4.  Klik Pictures
5.  Pilih gambar dan klik Insert


6.  Klik pada gambar dan klik pada Picture Tools.
7.  Klik pada Remove Background.


8.  Klik pada Mark Areas To Remove


9.  Ia akan menjadi seperti gambar dibawah. Highlight ungu adalah bahagian yang ingin dibuang.


10.  Klik Keep Changes dan hasilnya..

11.  Insert gambar lain dengan ikuti langkah 3-5
12.  Ikuti langkah 6-10


dan hasilnya..


Langkah terakhir ialah masukkan latar belakang atau Background


Selepas masukkan Background, jangan lupa klik pada Sent Backward.


dan akhirnya ....













Edit Gambar Menggunakan MS Powerpoint =)


Naik Taraf Blog bagi Blogger Baru



  • Cara menukar ‘Design’

Log masuk blog anda.
Klik pada Design


Pilih Template atau Design kesukaan anda.










Setelah anda pasti dengan pilihan anda, klik pada design tersebut. Kemudian paparan seperti dibawah akan muncul.


 Klik butang ‘Apply to Blog’





  • Cara mewujudkan ‘Menu Bar’

Pertama sekali, pastikan setiap post anda mempunyai label. Jika belum, anda boleh ikuti langkah di bawah:
Klik butang edit yang terdapat dibawah tajuk post anda.



Klik pada Label dan masukkan label yang sesuai dengan post anda seperti : Tutorial



Klik Done


Klik Update




  • Untuk membuat Menu Bar bagi ‘Tutorial’, cara-caranya adalah seperti dibawah:

Klik pada Layout


Klik ‘Add gadget’.



Pilih ‘Labels’




Masukkan nama label anda.
Klik pada ‘Selected Labels’
Pilih ‘Alphabetically’. Kemudian pilih ‘Cloud’.
Klik ‘Save’

Dan hasilnya ialah:









Ciri-ciri Blog yang Menarik




  • Mempunyai latar belakang atau ‘background’ yang sesuai dan menarik. Warna yang sesuai ialah warna yang tidak terlalu terang atau tidak menyakitkan mata seperti warna-warna pastel, warna hitam atau warna putih. Contoh:




                     




  • Penulisan ringkas dan tulisan yang jelas dan mudah dibaca. Contoh:







  •  Blog sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa









  • Bagi blog yang berbentuk ilmiah, maklumat yang ditulis adalah benar, tepat dan tidak bercanggah. Misalnya ialah blog masakan, bahan-bahan dan cara membuat adalah betul. Jika maklumat yang disampaikan tidak benar, hal ini menyebabkan orang yang melawati blog tersebut tidak ramai.









  • Mempunyai ‘Menu Bar’. Misalnya ialah blog masakan, blogger membahagikan resepi-resepi tersebut berdasarkan jenisnya. Jika pengikut blog ingin mendapatkan resepi berkenaan pencuci mulut, mereka tidak perlu bersusah-payah ‘scroll down’ dan mengambil masa yang lama untuk mencari resepi tersebut. Pengikut hanya perlu klik pada butang pencuci mulut dan resepi boleh dicari di bahagian tersebut.










  • Maklumat tambahan yang lengkap








  • Pendahuluan yang ringkas dan padat. Pembaca tidak mengambil masa yang terlalu lama ketika membaca ‘bebelan’ blogger hanya untuk mengetahui tujuan penulisan penulis.








  • Blog dihiasi dengan gambar yang sesuai dan cantik bagi menarik perhatian para pengunjung.







  • Tidak mempunyai iklan yang banyak. Hal ini kerana, iklan yang banyak boleh mengganggu konsentrasi para pengunjung blog.