Kompentensi TMK

Wednesday, 1 June 2016

MS Powerpoint


  • Ini adalah paparan perisian MS Powerpoint sebelum anda mula membuat slaid.



  • Sebelum anda mula membuat slaid, anda boleh memilih corak slaid anda. Caranya:
1.  Klik pada menu Design
2.  Klik pada corak yang disukai





  • Kemudian, tentukan susun atur pada slaid anda. Ikuti langkah dibawah:
1.  Klik pada menu Home.
2.  Klik pada Layout dan pilih susun atur yang sesuai.



  • Bagi susun atur slaid pertama, saya cadangkan anda memilih Title Slide. Bagi slaid seterusnya bolehlah anda memilih susun atur yang sesuai.
  • Pastikan tajuk anda kelihatan jelas dan mudah dibaca oleh orang lain.


  • Untuk menambah slaid baru:
1.  Klik Home.
2.  Klik New Slide dan pilih susun atur yang sesuai.





  • Jika anda ingin menambah gambar pada slaid:

CARA 1
1.  Klik Insert pada menu bar.
2.  Klik Pictures.


CARA 2
1.  Klik pada ikon Pictures yang terdapat di dalam slaid anda.


Jika anda ingin menambah:
  • Jadual: klik ikon Insert Table
  • Carta: klik ikon Insert Chart
  • Carta alir: klik ikon Insert SmartArt Graphic
  • Video: klik ikon Insert Video
  • Gambar online: klik ikon Online Pictures



  • Cara membuat pautan hiper (Hyperlink)
1.  Klik pada gambar atau highlight.
2.  Klik kanan pada tetikus anda.
3.  Klik Hyperlink


4.  Klik Place In This Document.
5.  Pilih slaid yang ingin dikaitkan.


6.  Klik OK




  • Slaid yang tidak penting atau hanya ditunjukkan jika perlu boleh disorok. Caranya ialah:

1.  Klik pada slaid tersebut.
2.  Klik pada kanan tetikus anda.


3.  Klik Hide Slide




  • Cara membuat jadual:

1.  Klik Insert.
2.  Klik Table.
ATAU klik saja pada ikon Insert Table yang terdapat dalam slaid anda.





  • Cara membuat carta pai dan sebagainya. Disini saya akan terangkan langkah untuk membuat carta pai.

1.  Klik Insert.
2.  Klik Charts
3.  Klik Pie


4.  Klik OK.
5.  Namakan carta pai anda.


6.  Masukkan data-data yang diperlukan.
*Maklumat tambahan: Jika ingin meletakkan graf, histogram dan lain-lain, ikuti saja langkah 1-2 dan pilih apa yang anda mahukan.




  • Cara memasukkan animasi ke dalam slaid:

1.  Klik pada Animation yang terdapat di menu bar.


2.  Highlight pada ayat atau perkataan yang ingin diletakkan animasi. Gambar pun boleh.


3.  Pilih animasi yang disukai.
4.  Tetapkan durasi animasi dan juga bagaimana animasi itu dikeluarkan.





  • Anda juga boleh menentukan pergerakan slaid anda ketika ingin dipaparkan. Caranya:

1.  Klik pada Transition yang terdapat di menu bar.


2.  Pilih. Kemudian klik pada ikon tersebut.
3.  Jika ingin menambah bunyi pada Transition anda, klik pada Sound.





  • Selain meletakkan animasi, anda juga boleh meletakkan bunyi atau muzik latar di dalam slaid anda. Caranya ialah:

1.  Klik Insert.
2.  Klik pada ikon Audio.


3.  Pilih audio yang sesuai.
4.  Setelah memasukkan audio, klik Play In Background.


5.  Jika ingin edit audio tersebut, klik pada Trim Audio.